Saturday, May 30, 2009

Harga Minyak Mentah Dunia Meningkat

Harga minyak mentah di pasaran atau dagangan Asia meningkat ke paras tertinggi untuk tempoh enam bulan pada 29 Mei 2009. Ini disebabkan oleh faktor kejatuhan besar simpanan minyak mentah Amerika Syarikat.

Minyak mentah berkuali tinggi Light Sweet untuk penghantaran bulan Julai meningkat kepada RM228.86 (USD65.93) setong.

Manakala minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran bulan Julai meningkat sebanyak RM0.80 (USD$0.23) kepada RM226.17 (USD64.62) setong.

Dilaporkan di dagangan Amerika Syarikat, harga minyak mentah New York melonjak ke paras RM228.72 (USD65.35) sebelum ditutup pada paras RM227.78 (USD65.08), paras penutup tertinggi sejak 4 November 2008.

0 comments: