Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah mengumumkan bahawa kerajaan berkemungkinan tidak akan memberikan subsidi secara terus ke atas harga petrol di pam yang dijual kepada para pengguna mulai awal tahun 2010.
Oleh yang demikian, semua harga petrol di pam akan ditentukan oleh harga pasaran yang akan melihatkan harga akan berubah-ubah samada setiap hari atau minggu. Keadaan ini adalah biasa dilihat di negara-negara yang tidak memberikan subsidi ke atas petrol.
Langkah ini diambil apabila kerajaan selesai mengstruktur semula kaedah pemberian subsidi ke atas petrol di Malaysia.
Berdasarkan struktur baru tersebut, subsidi akan hanya diberikan kepada pihak-pihak yang layak menerimanya atau pemegang MyKad sahaja. Ini untuk mengelakkan penyalahgunaan subsidi yang disediakan oleh kerajaan.